Showing posts with label TINTA HUMAIRAH. Show all posts
Showing posts with label TINTA HUMAIRAH. Show all posts

Wednesday, October 14, 2009

PERBUATAN MAKSIAT LEMAHKAN KEKUATAN HATI

MAKSIAT memiliki pengaruh bahaya dan buruk bagi hati serta fizikal manusia.


Antara pengaruh buruk serta bahaya dosa, ia akan memadamkan cahaya ilmu yang dikurniakan Allah dalam hati. Imam Malik pernah mengagumi kecerdasan Imam Syafie yang masih muda, memiliki ketajaman otak dan kesempurnaan pemahaman.

Imam Malik berkata: “Aku melihat Allah meletak cahaya dalam hatimu, kerana itu jangan kamu padamkan dengan kegelapan maksiat.”

Sementara itu, Imam Syafie pernah menceritakan pengalaman peribadinya dalam bait syair; Saya mengadu pada guru Waqi’ mengenai mutu hafalanku yang buruk, maka ia mengarahkan supaya aku meninggalkan maksiat. Ia berkata, “Ketahuilah ilmu adalah kemuliaan dan kemuliaan Allah tidak diberikan kepada ahli maksiat.”

· Rezeki tidak lancar

Dalam Musnad Ahmad, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya seorang hamba diharamkan daripada rezeki kerana maksiat yang ia lakukan.”

Seperti ketakwaan kepada Allah mendatangkan rezeki, sebaliknya maksiat akan mendatangkan kekafiran.

· Keterasingan antara Allah

Seorang yang melakukan maksiat akan menemukan perasaan terasing antara dirinya dan Allah dalam hatinya. Keterasingan ini tidak boleh diganti dan dinilai dengan kenikmatan apa pun. Andainya semua kelazatan di dunia disatukan, maka tetap tidak boleh mengubati perasaan keterasingan itu. Perasaan itu hanya ada pada hati yang hidup, sementara hati mati tidak mempunyai perasaan itu.

Ada seorang lelaki mengadu perasaan keterasingan pada dirinya kepada ahli makrifat lalu dijawab: “Jika kamu menemukan keterasingan dalam dirinya kerana berbuat dosa, segeralah tinggalkan dosa itu dan temui ketenteraman hati dalam berbuat taat. Ketahuilah, tidak ada hati yang rasakan keterasingan kecuali kerana dosa.”

· Keterasingan antara manusia

Perasaan terasing bukan hanya terjadi dengan Allah tetapi juga manusia terutama dengan mereka yang melakukan kebaikan.

· Allah akan menyulitkan urusannya

Orang yang melakukan maksiat akan selalu menemui jalan buntu pada setiap urusannya. Orang yang bertakwa kepada Allah akan menemui kemudahan pada urusannya sebaliknya mereka yang jauh daripada takwa disulitkan urusannya.

· Kegelapan dalam hati

Kegelapan itu nyata dalam hatinya seperti melihat dan berasakan gelapnya malam. Ini kerana ketaatan adalah cahaya sementara maksiat adalah kegelapan. Semakin kuat kegelapan dalam hati maka seseorang itu terus dalam kebingungan. Akibatnya ia terjatuh dalam kesesatan dan hal yang menghancurkan tanpa disedari.

· Maksiat melemahkan kekuatan hati

Maksiat melemahkan hati dan kelemahan fizikal disebabkan lemahnya hati. Semakin kuat hatinya, semakin kuat fizikalnya. Ahli maksiat, meskipun fizikalnya kuat tetapi apabila diperlukan dan dalam keadaan terdesak, kekuatan fizikal mereka tidak berdaya.

Renungkan bagaimana kekuatan fizikal kaum Rom dan Parsi yang mengkhianati mereka ketika memerlukannya hingga dengan mudah orang beriman menakluki kekuatan fizikal dan hati mereka.

· Malas mengerjakan ibadat

Orang yang melakukan maksiat akan malas melaksanakan amal ibadat. Sedangkan setiap bentuk ketaatan kepada Allah nilainya melebihi dunia dan segala isinya.

· Terbiasa berbuat dosa

Maksiat melunturkan persepsi buruk mengenai dosa dalam hati seseorang. Ertinya, dia tidak akan berasa bahawa dosa yang dilakukan adalah perbuatan buruk. Akibatnya, dosa menjadi sebahagian daripada kebiasaan. Keadaan ini membahayakan diri sendiri.

Walaupun dilihat dan dicerca, dia tidak rasakan dirinya terhina. Perasaan seperti itu adalah kesenangan dan kenikmatan daripada pelaku maksiat. Bahkan, ada yang bangga menceritakan maksiat yang dilakukan.

Rasulullah SAW bersabda: “Semua umatku akan dimaafkan oleh Allah kecuali muhajirun (yang terang-terangan berbuat maksiat. Termasuk mujaharah adalah ketika Allah menutupi seseorang berbuat maksiat, tapi pagi harinya ia membuka aibnya sendiri. Ia mengatakan, “Hai teman, semalam aku melakukan ini dan itu.” Dia merobek kehormatannya sendiri ketika Allah menutupnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

HAK-HAK WANITA DALAM KEPIMPINAN

Islam memandang wanita daripada pandangan keimanan. Wanita adalah sebagai yang merupakan sebahagian anggota umat yang dikaitkan dengan individu yang lain dengan ikatan akidah iaitu satu ikatan yang membentuk gerakan politik yang berperanan sebagai jentera penggerak umat dan aktivitinya yang bertujuan untuk mewujudkan syariat yang menjadi hukum umat Islam.

Apabila telah berlaku banyak tulisan yang berkaitan dengan hak-hak asasi kaum wanita di dalam Islam, maka setelah melihat tanggungjawab politiknya pada peringkat umat, tidak diperolehi satu tumpunan yang memadai untuk kearah itu.Sebahagian individu beranggapan bahawa wanita tidak mempunyai keahlian untuk sama-sama menyertai kegiatan politik, dan pada masa yang sama terdapat juga sebahagian mereka yang lain mengatakan bahawa kaum wanita mempunyai keahlian tersebut.

Hak-hak Wanita (ahliyyah)

Keupayaan (ahliyyah) adalah kesesuaian (shalahiyyat).Syarat sahnya pemberian beban terhadap sesuatu kewajipan agama, termasuk aktiviti politik adalah termasuk keadaan mukallaf (yang menaggung beban kewajipan)bersesuaian dan berupaya untuk menaggung beban yang hendak dipertanggungjawabkan kepadanya.Para ahli usul mendifinisikannya sebagai kesesuaian manusia terhadap hak dan kewajipannya sehingga segala tindakan yang keluar daripadanya dianggapbenar daripada segi agama.Mereka membahagikan kepada dua iaitu keupayaan kewajipan(ahliyah wujub) dan keupayaan melaksanakan(ahliyat al-ada’).

Keupyaan ini telah mendapat perhatian daripada pelbagai tulisan Fiqh dan hukum peradaban, yang digunakan dalam kajian ini dalam konteksnya yang lain, iaitu aktiviti politik.Dengan kata lain, sesungguhnya kita hendak mengkaji apa yang dimaksudkan dengan keupayaan politik atau keupayaan wanita untuk melakukan kegiatan politik dalam masyarakat Islam.

Para fuqaha telah menetapkan keupayaan wanita yang sempurna di dalam dirinya dan juga terhadap harta bendanya, seperti pemeliharaan anak(al-hidhanah) dan wasiat (al-washayah), atau perkara-perekara kebudayaan , dengan perbezaan pendapat di antara mereka dan hal-hal yang persial.Maka sesungguhnya sebahagian besar di antara mereka telah berhat-hati terhadap keupayaan wanita dalam melakukan kegiatan politik pada pelbagai tahap.Mereka melihat seakan-akan wanita wnita adalah kurang berupaya dalam bidang ini.

Kebanyakan mereka berpegang kepada Hadis Rasulullah S.A.W:

Maksudnya: Wahai kaum wanita, bersedekahlah kerana sesubgguhnya saya melihat kebanyakan kamu menjadi penduduk neraka.mereka berkata,Mengapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab:Kamu banyak melakukan laknat dan meninggalkan keluarga.Saya tidak melihat orang yang meniggalkan suaminya daripada kamu sekalian,mereka berkata; Apakah kekurangan agama dan akal kami wahai Rasulullah? Rasulullah S.A.W bersabda: Bukankah kesaksian wanita sama dengan setenganh kesaksian lelaki? Mereka berkata;Ya.Rasulullah S.A.W bersabda lagi: Itulah kekurangan akalnya. Bukankah apabila wanita sedang haid,dia tidak solat dan tidakberpuasa? Mereka berkata: Ya.Rasulullah S.A.W bersabda: Itulah kekurangan agamanya

Menurut undang-undang syariah, wanita diberikan hak untuk memilih jodohnya; menggunakan nama sendiri yang diberikan oleh ibubapa yang menerima yang diberikan oleh ibu bapanya;berhak berpisah dari suaminya dari hakim atau kadi; dan sebagainya

Antaranya peranan wanita:

a) Wanita sebagai anak

Islam memberi hak kepada anak perempuan untuk mewarisi harta peninggalan iaitu ½ dari anak lelaki ini berlaku kerana lelaki secara umumnya mempunyai keluarga yang perlu ditanggungdan perlu membayar mas kahwin.

b) Wanita sebagai isteri

Islam memandang wanita sebagai antara perhiasan yang diciptakan oleh Allah untuk manusia. Wanita sebagai teman hidup hidup lelaki yang memberi rahmat sebagai sumber ketenangan dan hiburan kepada lelaki di kala kesusahan. Wanita juga dicipta khas sebagai pasangan bagi kaum lelaki hasil dari perkahwinan yang sah dan mengembangbiakkan umat di muka bumi ini.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Dunia umumnya adalah perhiasan. Sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.Wanita dengan sifatnya yang lemah, sensitive, dan penyayang memerlukan belaian dan kasih sayang serta perolongan daripada suaminya. Oleh itu, suami berkewajipan membrrikan kasih sayang dan nafkah berdasarkan keperluan isterinya. Manakala isteri diberi tanggungjawab mentaati suami dan memelihara diri serta harta suami. Wanita juga turut menjadi pemimpin dalam urusan rumahtangga.

c) Wanita sebagai ibu

Kedudukan wanita sebagai ibu amat mulia dan tiggi berbanding kaum lelaki sebagai bapa. Wanita lebih berhak ke atas ketaatan anak-anak terhadapnya kerana kesusahan dan kepayahan ibu melahirkan anak-anaknya. Anak-anak pula mesti melayani dan mentaati ibunya selagi tidak melanggar syariat Islam serta bertanggungjawab memberikan keselesaan hidup kepada kedua orang tuanya.

d) Wanita sebagai anggota Masyarakat

Islam memberi kebebasan kepada wanita untuk menentukan hidupnya dalam masyarakat. Islam membenarkan wanita mencari harta kekayaan terutama jika tiada yang menanggung kehidupannya. Walau bagaimanapun, Islam mengutamakan pekerjaanyang sesuai dengan kewanitaan dan menjauhkan segala bentuk penghnaan dan kesusahan serta mengelakkan diri dari berlakufitnah dalam masyarakat.

Wanita juga boleh terlibat dalam pelbagai politik mengukut batas yang tertentu.Islam tidak membenarkan wanita menjadi ketua Negara, tetapi membenarkan sebagai ketua di peringkat bawah,Menurut Said Abdullah Seif al-Hatimy, ketua Negara bukan sahaja sebagai ketua yang memerintah Negara, tetapi termasuk ketua keadilan(hakim),ketua sembahyang, terutama sembahyang Jumaat, dan ketua dalam peperangan menentang musuh. Ini kerana keadaan kekuatan fizikal wanita yang tidak setanding dengan lelaki dan keadaan psikpologi wanita sendiri yang bersifat emosional.

Monday, September 14, 2009

WANITA SOLEHAH

Wanita Solehah….
Pekerti mulia dambar bahagia,
Memberi ketenangan setiap pelusuk jiwa,
Menyulam keikhlasan di lubuk hati,
Hadirmu pasti dinanti-nanti….

Wanita Solehah….
Idaman hati pemuda yang mengerti,
Kehadiran membawa seribu erti,
Penyuluh jalan menuju bahagia,
Mengabdi kasih hingga ke syurga….

Wanita Solehah….
Doamu kau pohonkan setiap waktu,
Pada Yang Esa menjadi tempat mengadu,
Terus melengkapkan diri walau sempurna dari pandangan duniawi,
Mencari dan terus mencari kesilapan yang tak disedari….

Wanita Solehah...
Walau gelombang dahsyat menguji keimanan diri,
Namun, kau tetap teguh berdiri,
Tanpa satu pun alasan,
Dengan sejuta keikhlasan…

Wanita Solehah…
Mengaharap cinta dari Illahi,
Sebagai hamparan menuju Firdausi
Biar setanding bidadari,
Di akhirat ianya pasti..






ANTARA ZIKIR DAN RAHMAT

Firman Allah yang maksudnya :
“Hai orang-orang yang beriman! Ingatlah Allah sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada Allah di waktu pagi dan petang. Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikatNya (memohon keampunan untukmu), supaya mengeluarkan kamu dari kegelapankepada cahaya yang terang.dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang beriman.”

Bagi seorang Muslim yang benar-benar beriman, serta memiliki keyakinan yang benar akan membuatkannya selalu berzikir kepada Tuhannya dalam segala keadaan dan di mana sahaja ia berada. Dalam kehidupannya sehari-hari ia sangat mencintai Allah, percaya akan kebenaran-Nya dan dia sentiasa bernaung di bawah naungan kurnia dan rahmat-Nya.

Zikir bukan sahaja melalui lisan tetapi zikir yang hakiki ialah yang lahir dari keiklasan hati dan keluar melalui lisan iaitu dengan cara betafakur, bermunajat, dan segala yang memuji kebesaran dan keagungan Allah S.W.T. Orang yang berbuat demikian di janjikan Allah akan mendapat pengampunan dan ganjaran pahala yang besar.

Zikir merupakan penerang dan ubat hati seseorang muslim dan jelaslah orang yang meninggalkan zikir bererti ia membiarkan hatinya berada dalam kegelapan dan kebekuan. Rasulullah SAW telah bersabda:
“perumpamaan orang yang bezikir kepada Tuhannya dan orang yang tidak berzikir kepada Tuhannya bagaikan orang yang mati dan orang yang hidup.”

Hadith di atas ini adalah merupakan gambaran yang benar terhadap apa yang ditimbulkan dari zikir seseorang kepada Allah dalam peribadi seseorang Muslim yang berupa keutamaan, semangat hidup, dan terbukanya pintu keimanan dan amal perbuatan.

Justeru itu, tidak layak bagi seseorang Muslim melepaskan Tuhannya atau melalaikanNya kerana selaku seorang Muslim dia pasti mengetahui bahawa tidak ada sesuatu yang menyibukkan manusia sehingga ia lupa akan Tuhannya kecuali kebatilan, kesesatan dan kenistaan.sebagaimana firman Allaj SWT, maksudnya:
“dan janganlah kamu mengikuti orang-orang yang Kami lalaikan hatinya dari mengingati Kami,dan diikutnya keinginan nafsunya,dan pekerjaannya melanggar batas.”
(al-kahfi:28)
Sentiasa ingat kepada Allah SWT adalah merupakan ciri khas dari seseorang Muslim baik ia dalam keadaan sendirian mahupun dalam keadaan bersama-sama.jika segolongan manusia berkumpul,pada waktu itu mereka melupakan Tuhannya dan terlena dalam kebatilan,maka sebenarnya mereka telah melakukan dosa dan akan mendapat seksa di hari akhirat nanti.
Sabda Rasullullah SAW yang maksudnya:
“tidaklah suatu kaum berkumpul dalam suatu majlis yang tidak berzikir kepada Allah di dalamnya dan tidak membaca selawat kepada Nabinya,kecuali mereka menndapat kerugian(dosa),jika Allah bekehendak menyiksanya maka mereka akan diseksa dan jika Allah berkehendak mengampuninya, maka mereka akan diampuni.”